Kek Coklat Moist #PhopPercuma.
Kalian dapat menyiapkan Kek Coklat Moist #PhopPercuma memakai 10 ramuan dan 4 langkah. Berikut cara kalian sajikan ini.
Ramuan
- 1 1/2 cawan tepung gandum.
- 1/2 cawan serbuk koko.
- 1 sudu kfc serbuk penaik.
- 1/2 sudu kfc soda bikarbonat.
- 2 biji telur.
- 1 cawan minyak masak.
- 1 cawan susu pekat.
- 1 cawan susu segar/susu cair.
- 1 sudu kfc garam.
- 7 sudu makan gula pasir.
Langkah langkah
- (Bahan A) 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan serbuk koko 1 sudu kfc serbuk penaik 1/2 sudu kfc soda bikarbonat (4 bahan nie di ayak bersama).
- (Bahan B) 2 biji telur 1 cawan minyak masak 1 cawan susu pekat 1 cawan susu segar/susu cair 1 sudu kfc garam 7 sudu makan gula pasir (semua bahan nie diblender hingga gula hancur).
- Campurkan bahan B kedalam bahan A. kacau hingga sebati semua nya. -masukkan dalam loyang & kukus selama 1 jam hingga masak. Tutup tudung periuk dengan aluminium foil supaya air tidak menitik ke dalam kek..
- Untuk Topping Kek - 1/2 cawan susu pekat, 2 sudu besar serbuk koko & 2 sudu besar butter. Masak secara double boil hingga sebati. Tutup api & tuangkan atas kek yg telah sejuk. Hias mengikut kreativiti masing2 ya. 🎂❤️.