Bubur Lambuk Nasi Sejuk.
Kalian dapat menyiapkan Bubur Lambuk Nasi Sejuk memakai 21 ramuan dan 11 langkah. Berikut cara kalian masak ini.
Ramuan
- 2 cawan nasi sejuk.
- 8 cawan air kosong.
- 1 ketul kiub pati ayam.
- 1 biji bawang besar.
- 5 ulas bawang putih.
- 1 inci halia.
- 2 inci lengkuas.
- 3 batang serai.
- 3 helai daun pandan.
- 4 beradik (cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga).
- 1 sdb halba.
- 1 senduk minyak sapi.
- 1 senduk minyak masak.
- 2 potong ayam.
- 1/2 cawan udang kering merah.
- 1/2 batang lobak merah.
- 1 biji kentang.
- 1 sdb lada sulah.
- 1 sdb gula.
- 1 sdk garam.
- 1 cawan santan pekat.
Penyediaan awal
- Masukkan nasi, 4 cawan air dan kiub pati ayam dalam periuk. Buka api dan biarkn nasi kembang. Baki air yg belum dimasukkan boleh dimasukkan secara beransur-ansur. Boleh buat bahagian lain sbb ambil masa juga la nk tunggu nasi ni kembang..
- Sementara itu, bolehlah hiris bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Serai tu bolehlah dititik. Daun pandan pula diikat. Ayam, kentang dan lobak merah dipotong kecil..
- Sekarang bolehlah panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali berasingan..
- Bila minyak dah panas, masukkan rempah 4 bradik, halba, serai dan daun pandan..
- Dah nmpak garing sikit barulah masukkan bahan2 yang telah dihiris..
- Masukkan pula ayam, udang kering, lobak merah dan kentang. Gaul sehingga mesra dan pecah minyak..
- Bila nasi dah kembang, masukkan bahan2 yg telah ditumis td ke dalam nasi. Boleh tambah air yang berbaki tadi..
- Sentiasa kacau bubur supaya tidak berkerak..
- Bila bubur kembali menggelegak, bolehlah masukkan santan, gula, garam dan lada sulah..
- Terus kacau sehingga betul2 sebati dan mesra. Boleh tambah air jika mahu..
- Lebih kurang satu jam bubur lambuk jenis ni sudah sedia dimakan. Tempoh satu jam itu dikira dari tempoh langkah pertama kita masak iaitu dengan mengembangkan nasi sejuk. Selamat mencuba 😉.