Nasi Ayam.
Kalian dapat masak Nasi Ayam memakai 17 ramuan dan 5 langkah. Berikut cara kalian masak ini.
Ramuan
- Ayam.
- 3 ketul ayam bahagian peha.
- 3 pot beras.
- 1/2 cawan kicap.
- 5 ulas bawang kecil.
- 2 ulas bawang putih.
- 1/2 inci halia.
- 2 tangkai daun sup.
- 1/2 sudu kecil garam.
- 1 biji tomato.
- Salad (kat rumah takde salad, saya guna kobis).
- Cili.
- 5 batang cili merah.
- 2 ulas bawang putih.
- 1 sudu besar asam jawa Adabi.
- 1/2 sudu besar gula.
- 1/2 sudu kecil garam.
Penyediaan awal
- Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau. Masukkan ayam dan 6 gelas air. Rebus hingga ayam masak. Boleh lebihkan air sebab kita akan guna untuk masak nasi dan sup untuk hidang..
- Keluarkan ayam. Perap dengan kicap dan sos tiram selama 30 minit. Goreng ayam hingga garing. Angkat dan potong kecil-kecil. Kicap perapan jangan buang..
- Untuk nasi, selepas beras dibasuh isikan air menggunakan sup ayam tadi. Saya masak macam biasa, guna periuk elektrik. Untuk sup pula, gunakan sup yang kita dah buat rebus ayam tadi. Taburkan daun sup..
- Untuk buat kicap, guna kicap lebihan perap ayam, cuma tambahkan lagi kicap dan 5 sudu sup ayam..
- Untuk cili, blend cili, bawang putih dan air asam jawa. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Dah siap boleh hidangkan..