Nasi Ayam Madu Bakar.
Kalian dapat menyajikan Nasi Ayam Madu Bakar memakai 30 ramuan dan 8 langkah. Berikut cara kalian masak itu.
Ramuan
- Untuk Sup dan Rebusan Ayam:.
- 1 inci Halia.
- 1/2 biji Bawang Besar - hiris besar-besar.
- 2 ulas Bawang Putih - diketuk aje.
- 1 kiub ayam (ctie guna jenama knorr).
- 1/4 Ayam (utk makan 2 org).
- Perapan Ayam :.
- Ayam yang telah direbus.
- 3 sudu besar Madu.
- 2 Sudu besar Sos Perasa (nak guna Sos Tiram pun boleh, ikut korang).
- 3 sudu besar Kicap (boleh juga guna kicap pekat).
- 1 sudu kecil Minyak Bijan.
- Untuk Nasi Ayam :.
- 2 cawan Beras (untuk 2 orang makan) - basuh beras bersih-bersih dan toskan.
- Rahsia nasi ayam bertambah sedap. Lemak dan kulit ayam jangan korang buang. Basuh bersih-bersih, nak guna buat masak nasi.
- Bahan tumbuk :.
- 2 ulas Bawang Putih.
- 2 ulas Bawang Merah.
- 1 inch Halia.
- tumbuk semua bahan hingga lumat.
- Sos Cili Nasi Ayam :.
- 3 biji Lada Merah Besar*.
- 2 ulas Bawang Putih*.
- 1 sudu besar Gula.
- 100 ml Kuah Sup Ayam*.
- 1/2 sudu besar jus limau.
- 1 sudu besar Sos Cili.
- Secubit Garam.
- Sos Kicap :.
- Lebihan perapan ayam tadi masak atas api. Tambah sedikit kicap & kuah sup, masak sehingga sos kicap pekat.
Penyediaan awal
- Cara Buat Sup & Rebusan Ayam -Cara dia senang aje😆: • Letak air dalam periuk kira-kira 1 liter air. Lepas tu masukkan semua bahan rebusan tadi. Masukkan ayam dan rebus. Ayam xperlu rebus lama cukup sekadar didihan pertama sahaja. Angkat ayam & toskan. Sup dah masak tutup api. (Lihat gambar 1 hingga 6 - Proses Merebus dan buat Kuah Sup).
- Cara buat perapan ayam Campur semua bahan perapan ayam bagi semua sebati. • siti tak letak garam dekat ayam sebab kicap dengan sos perisa dah masin. Kalau nak letak pun boleh, letak sikit je. Ikut selera rasa masing-masing. • Lepas tu perap dalam 2 ke 3 jam. Perap 1 jam pun boleh. Tapi kalau lagi lama perap lagi sedap dan ayam bila dibakar bertambah lembut isinya. (Lihat gambar 7 dan 8 - siti perap ayam guna bahan yg ada kat umah je. Sos tiram baru habis stock jd kebetulan sos perisa ada..
- Untuk Nasi Ayam : 2 cawan Beras (untuk 2 orang makan) - basuh beras bersih-bersih dan toskan. Rahsia nasi ayam bertambah sedap. Lemak dan kulit ayam jangan korang buang. Basuh bersih-bersih, nak guna buat masak nasi. (Lihat Gambar 9 & 10).
- Cara buat Nasi Ayam : • Panaskan kuali. Letak 2 sudu besar marjerin, kemudian letak bahan tumbuk tadi. • Tumis sampai keperangan, kemudian masukkan lemak dan kulit ayam tadi. Tumis sampai lah lemak-lemak tu cair. • lepas tu masukkan beras yang dah cuci tadi. Kacau rata bagi beras masak seketika. Masa ni bau seharum semerbak..sampai orang sebelah rumah pun boleh tergoda dengan bau nya😆.
- Kemudian masukkan beras yg dah goreng tadi dalam Rice Cooker. Tambah 1 kiub ayam. Masukkan kuah sup dalam kuantiti 2 cawan setengah (air agak-agak la, sama macam masak nasi biasa juga. Kalau Kuah Sup tak cukup boleh je tambah air biasa) • ok bab nasi ayam dah selesai. Dah masak boleh la korang ngap😁 (Lihat gambar 17 dan 18) • lepas dah perap, bakar ayam dalam oven suhu 200°c selama 20 ke 25 minit atau hingga masak (Lebihan perapan ayam tadi jangan di buang. Sebab nak buat Sos kicap).
- Kalau tak nak bakar, nak goreng ayam tu pun boleh (tapi siti bakar aje, sihat sikit😊) • Ayam dah masak boleh la potong ikut cara korang. Ok bab ayam dah siap. (Lihat gambar 19 dan 20).
- Sos Kicap : Lebihan perapan ayam tadi masak atas api. Tambah sedikit kicap & kuah sup, masak sehingga sos kicap pekat. Tips : Nak bagi ayam nampak berkilat, sapukan sos kicap yang telah dimasak tadi ke atas ayam (barulah ayam nampak "shining like a diomond"😆) (Lihat gambar 21 dan 22).
- Cara buat sambal cili. Yang tanda (*) tu blend sampai hancur lumat ye. • kemudian korang masakkan cili yang dah blend tadi atas dapur. Masukkan sekali jus limau, gula, sos cili dan garam • masak cili sampai pekat. Kemudian angkat dah boleh hidang (Lihat gambar 23 dan 24) HIASAN : Tomato dengan timun Nasi Ayam Madu Bakar dah sedia di makan😊. SELAMAT. SENANG JE..TAK PAYAH SUSAH-SUSAH PENING KEPALA NAK PIKIR BAHAN..