Kuih Ketayap #MAHN.
Kalian dapat menyajikan Kuih Ketayap #MAHN memakai 13 ramuan dan 4 langkah. Berikut cara kalian masak itu.
Ramuan
- Untuk kulit ketayap;.
- 1 cawan tepung gandum.
- 1 cawan air daun pandan (kisar 5 helai daun pandan & tapis).
- 1 biji telur.
- 1 sudu besar minyak jagung/masak.
- 1/2 cawan santan.
- 1/2 sudu kecil garam.
- Untuk inti kelapa;.
- 1 biji kelapa parut.
- 1 keping gula melaka/nisan.
- 1/2 cawan gula putih.
- 2 sudu besar gula merah.
- 2 helai daun pandan-boleh potong atau simpul sahaja.
Penyediaan awal
- Satukan semua bahan². Bancuh sekata dan tapis adunan. Adunan ini tidak terlalu pekat dan tidak cair..
- Oles kuali dengan sedikit minyak. Guna kuali 'non-stick' elak tepung melekat. Buka api dapur sederhana. Bila dah siap masak kulit ketayap, boleh la digulung bersama inti kelapa..
- Untuk inti; masak gula melaka/nisan, gula putih dan gula merah. Letak sedikit air (suku gelas sahaja). Letakkan sekali daun pandan. Masak sehingga gula hancur, kemudian tapis. Tuang air gula tersebut ke dalam kuali bersama kelapa. Kacau2 selalu. Bila dah nampak agak lembab, boleh la tutup api. Inti jangan terlalu kering..
- Nota; 1) Adunan tepung sedikit lembut. Jika nak kurangkan lembut, gandakan bancuhan tetapi guna sebiji telur sahaja. 2) Untuk mendapatkan warna biru, tukar air daun pandan kepada air rendaman bunga telang. Sekian, selama mencuba ❤️.