Tomyam Kung (Udang).
Kalian dapat menyiapkan Tomyam Kung (Udang) memakai 14 ramuan dan 9 langkah. Berikut cara kalian siapkan ini.
Ramuan
- 350 g udang saiz sederhana (sekali kepala dan kulit).
- 4 cawan air.
- 2 batang serai (hiris serong).
- 2 inci lengkuas (hiris).
- 6 helai daun limau purut.
- 5 biji Cili Thai merah (boleh tambah @ kurang).
- 1/2 cawan susu cair.
- 1 bungkus cendawan jarum/ enoki.
- 2 sdb pes cili thai / pes tomyam.
- 3 sdb sos ikan.
- 1/4 cawan air limau nipis.
- Segenggam hirisan daun ketumbar.
- Garam jika perlu.
- Sayur (karot, tomato dll).
Langkah langkah
- Panaskan air. Masukkan serai, lengkuas. Reneh sampai mendidih. Kemudian masukkan bawang holand, cili padi dan daun limau purut. Reneh lagi..
- Masukkan pula thai cili paste @ paste tomyam serta sos ikan. Kacau sebati. Masukkan karot dan cendawan jerami. Masak sekejap..
- Masukkan udang dan daun ketumbar. Masak sampai udang masak..
- Masukkan tomato. Tuangkan susu cair. Biarkan mendidih sekejap. Kemudian boleh lah padamkan api. Selepas padam api, tuangkan perahan limau nipis..
- Sedia untuk dihidang..
- Tips : seeloknya masukkan air limau nipis selepas api dipadamkan untuk mengelakkan kuah berketul sebab ada susu cair.
- Tips : kalau nak tambah garam rasa dulu. Sbb sos ikan tu dah masin. Sesetengah paste tomyam pun dah masin..
- Boleh juga ganti dengan makanan laut yang lain..
- Ada perbezaan daun ketumbar dan daun sup. Daun ketumbar selalu digunakan dalam masakan ala thai..