Ayam Masak Kicap.
Kalian dapat menyajikan Ayam Masak Kicap memakai 11 ramuan dan 5 langkah. Berikut cara kalian sajikan itu.
Ramuan
- 1 cawan isi ayam. Dan dicampur juga dengan bahagian tulang. Digaul dengan 2 sudu kecil serbuk kunyit.
- 2 biji kentang sederhana.
- 1/2 cawan tomato ceri.
- 1 biji bawang besar dihiris.
- 2 sudu besar bawang putih yg dicincang.
- 1/2 inci halia dihiris.
- 3 sudu besar kicap pekat.
- 5 sudu besar kicap cair.
- 1 sudu besar sos cili.
- 1 sudu teh garam.
- 1/2 sudu teh gula.
Petunjuk
- Mula2 kita potong kentang dalam bentuk kiub. Kemudian kita goreng selama 3 minit. Jangan garing ye. Toskan dan letak tepi..
- Minyak tadi kita guna balik untuk goreng ayam. Sama juga kita goreng separuh masuk ayam tu. Lepas tu toskan dan letak tepi..
- Kita guna balik minyak tadi. Jika minyak banyak boleh buangkan dalam 2 sudu besar. Sekadar cukup untuk menumis bawang putih, merah dan halia. Tumis hingga naik bau..
- Boleh masukkan ayam. Lepas tu masukkan kicap pekat, manis dan sos cili. Gaul2 bagi sekata kemudian masukkan air dalam 2 cawan. Bagi mendidih kemudian masukkan kentang dan tomato. Perasakan dengan garam. Jika nak letak gula pun boleh. Ikut citarasa masing2. Masak hingga betul2 mendidih. Boleh matikan api..
- Siap sudah. Selamat mencuba!!.