Ayam Masak Kicap Mak Siti.
Kalian dapat masak Ayam Masak Kicap Mak Siti memakai 11 ramuan dan 7 langkah. Berikut cara kalian sajikan ini.
Ramuan
- 3 ketul ayam (sy guna chicken ribs).
- 2 sudu teh garam.
- 2 sudu teh serbuk kunyit.
- 1 pek Rempah Masak Kicap Mak Siti.
- 1 biji bawang besar (separuh hiris halus untuk menumis & separuh potong bulat untuk dimasukkan ke dalam kuah).
- 1 inci halia (dihiris halus).
- 1/2 cawan air.
- 4 sudu besar kicap manis.
- 2 biji cili padi (dipotong memanjang).
- 1 pokok daun bawang (dipotong).
- Sedikit minyak masak (untuk menumis).
Langkah langkah
- Ayam digaul dengan dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan seketika..
- Tumis bawang besar dan halia sehingga naik bau..
- Masukkan Rempah Masak Kicap Mak Siti, kicap lemak manis dan air..
- Masak sehingga mendidih..
- Masukkan ayam yang telah digoreng. Bawang besar yang dipotong bulat dan cili padi. Kacau sebati dan masak sehingga pekat..
- Masukkan daun bawang dan tutup api. Sejukkan seketika. Sedia untuk dihidang..
- Selamat mencuba 😙.