Cara Memasak Mee Kari MakYah Yang Simple Dan Murah

tasty & healthy recipe

Halo kawan-kawan, pembaca kami akan menulis cara untuk menyediakan dan memasak makanan yang boleh anda sendiri sendiri di rumah, tentu saja, dengan cara yang mudah dan sederhana, tetapi dengan rasa yang enak, mari kita teruskan dan melihat bagaimana hidangan berikut dibuat.

Mee Kari MakYah.

Mee Kari MakYah Kalian dapat menyajikan Mee Kari MakYah memakai 31 ramuan dan 12 langkah. Berikut cara kalian siapkan ini.

Ramuan

  1. Sebungkus mee kuning (dicelur).
  2. 3-4 ulas bawang putih (dikisar).
  3. 5-6 ulas bawang merah (dikisar).
  4. Seinci halia (dikisar).
  5. Sesudu udang kering direndam dan dikisar).
  6. 2 tangkai daun kari.
  7. 2 sudu besar rempah kari daging.
  8. 2 sudu besar rempah kari ikan.
  9. 10 batang cili kering (direndam dan dikisar).
  10. 3 sekawan : bunga cengkih, sebatang kayu manis, bunga lawang.
  11. Setengah ekor ayam dipotong kecil.
  12. 3-4 ekor sotong (dipotong bulat).
  13. 10 ekor bersaiz besar (kepala udang direbus untuk dijadikan stok.
  14. 500 gram Kerang.
  15. Sebungkus fishcake (dipotong nipis).
  16. 2 bungkus fishball.
  17. 10 ketul tauhu kering dibelah dua.
  18. 5 biji telur direbus.
  19. Setengah biji santan pekat.
  20. Sebiji santan cair.
  21. Segenggam taugeh.
  22. 3 batang sawi dicelur.
  23. 4 biji limau kasturi.
  24. Seketul kiub ayam.
  25. Secubit garam dan gula.
  26. bahan sambal cili.
  27. 3 sudu besar cili boh.
  28. Sesudu udang kering direndam dan ditumbuk.
  29. 3 ulas bawang putih (ditumbuk).
  30. Setengah keping gula melaka.
  31. Secubit garam dan gula.

Petunjuk

  1. Tumiskan 3 sekawan dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk kari yang telah dibancuh sehingga pecah minyak.
  3. Setelah bahan-bahan rempah telah pecah minyak, masukkan air rebusan udang ke dalam periuk dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Apabila telah menggelegak, masukkan ayam yang telah dicuci bersih dan biarkan seketika.
  5. Kemudian, masukkan fishcake dan fishball.
  6. Setelah menggelegak masukkan santan ke dalam periuk dan perasakan garam dan gula serta seketul kiub ayam.
  7. Setelah menggelegak, masukkan kerang, udang dan sotong.
  8. Akhir sekali setelah kuah menggelegak, masukkan tauhu kering. Tutup api dan boleh dihidangkan.
  9. Tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk bersama udang kering sehingga naik bau.
  10. Setelah naik bau masukkan cili boh dah tumiskan sehingga pecah minyak.
  11. Setelah bahan tumis pecah minyak boleh masukkan gula merah, garam dan sedikit asam jawa Adabi. Dan biarkan sehingga sambal agak kering dan boleh dihidangkan bersama mee kari.
  12. Akhir sekali, boleh dihidangkan mee kari bersama sambal cili dan kalau sukakan lebih pedas, boleh sediakan cili potong kicap.