Ramuan Untuk Masak Pulut Kuning & Rendang Ayam Yang Simple Dan Ringkas

tasty & healthy recipe

Halo kawan-kawan, pembaca kami akan menulis cara untuk menyediakan dan memasak makanan yang boleh anda sendiri sendiri di rumah, tentu saja, dengan cara yang mudah dan sederhana, tetapi dengan rasa yang enak, mari kita teruskan dan melihat bagaimana hidangan berikut dibuat.

Pulut Kuning & Rendang Ayam.

Pulut Kuning & Rendang Ayam Kalian dapat masak Pulut Kuning & Rendang Ayam memakai 27 ramuan dan 7 langkah. Berikut cara kalian sajikan ini.

Ramuan

  1. Pulut Kuning.
  2. 💛 1kg beras pulut.
  3. 💛 1 sudu bsr serbuk kunyit.
  4. 💛 3 keping asam gelugur.
  5. 💛 air secukupnya utk rendam pulut.
  6. 💛 2 cawan santan sederhana pekat*.
  7. 💛 1 1/2 sudu teh garam halus*.
  8. 💛 1/2 sudu bsr gula*.
  9. (bahan2 bertanda * di kacau bersama).
  10. 💛 3 helai daun pandan-di potong kecil.
  11. Rendang Ayam.
  12. 🍗 1 ekor ayam-di potong kecil.
  13. 🍗 8 biji bawang merah*.
  14. 🍗 5 ulas bawang putih*.
  15. 🍗 1 inci halia*.
  16. 🍗 1 inci lengkuas*.
  17. 🍗 1 inci kunyit*.
  18. 🍗 3 batang serai*.
  19. (bahan2 bertanda * di blend halus).
  20. 🍗 3 sudu bsr cili kisar/cili boh.
  21. 🍗 3 batang serai-diketuk.
  22. 🍗 1 cawan santan pekat.
  23. 🍗 1 cawan air.
  24. 🍗 3/4 cawan kerisik.
  25. 🍗 gula & garam secukup rasa.
  26. 🍗 2 helai daun kunyit-dihiris halus.
  27. 🍗 4 helai daun limau purut-di hiris halus.

Langkah langkah

  1. (Pulut Kuning) Basuh pulut, rendam dgn air bersama serbuk kunyit & asam gelugur semalaman. Kemudian toskan.
  2. Letak sedikit daun pandan di dlm pengukus & tuang pulut. Buat lubang supaya wap dpt naik ke atas utk masak pulut. Tabur lagi dgn daun pandan. Kukus 20 minit.
  3. Setelah 20 minit, keluarkan pulut drp pengukus & masukkan ke dlm besen. Tuang santan & arung dgn pulut hingga sebati. Biar seketika supaya santan menyerap ke dlm pulut..
  4. Kukus pulut semula selama 20 minit sehingga masak & berkilat sambil di balik2kan rata.
  5. (Rendang Ayam) Tumis bahan2 blend, cili kisar & serai yg di ketuk hingga naik bau & pecah minyak..
  6. Masukkan ayam & kacau rata. Masukkan pula santan. Biar mendidih & kacau hingga ayam masak.
  7. Masukkan kerisik, garam & gula. Kacau hingga ayam empuk & kuah agak kering, baru masukkan daun kunyit & daun limau. Kacau lagi hingga kuah kering sedikit.