Puding Roti Kukus Bersos Kastard #phopbylinimohd.
Kalian dapat menyajikan Puding Roti Kukus Bersos Kastard #phopbylinimohd memakai 16 ramuan dan 8 langkah. Berikut cara kalian masak itu.
Ramuan
- Bahan-bahan untuk puding roti:.
- 8-9 keping roti.
- 3 biji telur.
- 1 tin susu cair.
- 4 sudu besar gula.
- 1 sudu teh esen vanila.
- Sedikit mentega atau marjerin.
- Sedikit kismis atau coklat cip.
- Potongan buah-buahan segar untuk hiasan.
- Bahan-bahan untuk sos kastard:.
- 1 tin susu cair.
- 1/2 tin air.
- 3 sudu besar gula.
- Secubit garam.
- 2-3 sudu besar tepung kastard.
- 1 sudu teh esen vanila.
Petunjuk
- Sapu loyang dengan mentega. Kemudian sapu juga mentega pada bahagian depan dan belakang roti. Carik-carik kasar atau potong roti kepada beberapa bahagian kecil dan susun padat ke dalam loyang..
- Masukkan susu cair, telur, gula dan esen vanilla ke dalam satu bekas. Kacau-kacau adunan sehingga sebati. Boleh guna sudu, senduk atau whisk..
- Curahkan adunan ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang tadi. Tekan-tekan roti supaya sebati dengan adunan tadi. Kemudian tabur kismis. Biarkan seketika supaya roti menyerap adunan tadi..
- Panaskan pengukus..
- Apabila air kukusan mendidih, baru masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus selama 30-35 minit..
- Untuk kuah / sos, masukkan susu cair, air, gula, garam, tepung kastard dan esen vanila ke dalam periuk..
- Kacau perlahan-lahan sehingga pekat dan mendidih dengan menggunakan api perlahan.Tutup api. Sejukkan.
- Potong puding roti (bentuk potongan ikut citarasa). Tuang sos kastard ke atas puding roti. Hiaskan dengan potongan buah-buahan segar. Boleh dihidangkan panas atau sejuk..