Roti Sandwich.
Kalian dapat masak Roti Sandwich memakai 8 ramuan dan 7 langkah. Berikut cara kalian siapkan ini.
Ramuan
- 3 cawan tepung gandum.
- 1 cawan air suam kuku.
- 2 1/4 tsp yis segera.
- 2 tbs gula.
- 2 tbs minyak canola/sayuran.
- 1/4 tsp bread softener.
- 1/4 tsp bread improver.
- 1/4 tsp garam.
Petunjuk
- 1 cawan air suam dibahagi 2. Satu bahagian untuk dibancuh dengan yis dan gula.
- Masukkan 1 tbs gula ke dalam air. Masukkan yis dan kacau sehingga larut. Tunggu yis mengembang (10 minit)..
- Dalam mangkuk mixer, satukan gandum, garam, gula, bread improver dan bread softener. Gaulkan biar serata.
- Masukkan minyak ke dalam mangkuk adunan dan juga adunan yis tadi. Guna mixer untuk menguli adunan ini.
- Guna speed minima. Masukkan sebahagian air tadi sedikit demi sedikit. Tukar speed lebih laju sehingga adunan tidak lagi melekat..
- Biarkan doh didalam bekas yg disapu minyak dan tutup dengan tuala selama 1 jam atau doh kembang 2 kali ganda. Selepas itu uli sekali lagi dan bentukkan. Masukkan ke dalam bekas pembakar yang disapukan minyak. Bekas pembakar (bread pan)yang saya gunakan 9x5 inci. Tutup dengan kain. Biarkan selama 45 minit atau 1 jam atau doh naik tidak melebih 1 inci dari paras permukaan bekas. Tabur gandum mengunakan bekas ayak..
- Bakar dalam oven, suhu 180c selama 35 - 45 minit.