Kaki Ayam Masak Kicap Michele's Signature.
Kalian dapat menyajikan Kaki Ayam Masak Kicap Michele's Signature memakai 13 ramuan dan 10 langkah. Berikut cara kalian masak itu.
Ramuan
- 500 gm Kaki Ayam.
- Kicap Manis.
- Serbuk Kunyit.
- 2 ulas Bawang Putih.
- Halia sebesar ibu jari.
- Serai sebiji.
- Cili Padi 3 biji.
- Sos Tiram.
- Sos Ikan Knife.
- Maggi Secukup Rasa.
- Lada Putih.
- 1 1/2 sudu makan gula.
- 3 cawan air.
Penyediaan awal
- Cuci dulu semua bahan ya. Cuci bersih kaki ayam tu. Makanan sedap kena pentingkan kebersihan juga.
- Potong 2 semua kaki ayam tu dulu.
- Bawang putih, halia & serai tu main hentak jer guna pisau. Tak payah hiris & tumbuk sangat. Cili padi tu belah 2.
- Guna periuk yang tak mudah melekat yer. Api dapur jangan besar sangat, jangan kecil sangat. Masakan ni kiter tak guna minyak masak k.
- Masukkan kaki ayam dalam periuk. Tutup periuk tu sekejap dalam 5 minit. Korang akan nampak kaki ayam tu akan mengeluarkan 'jus' hihihihi.
- Kemudian, baru masukkan 3 cawan air tu. Campak bawang putih, halia, serai & cili padi ke dalam periuk. Tutupkan periuk dan biarkan sampai mendidih.
- Selepas mendidih, masukkan kicap manis, serbuk kunyit sedikit, sos tiram setengah sudu makan, sos ikan setengah sudu makan, maggi secukup rasa & gula (secukupnya).
- Tutupkan lagi periuk tu dan biarkan sampai korang tengok kaki ayam lembut & mula pecah kulit tu. Akhir sekali masukkan lada putih sedikit.
- Kaki ayam ni kalau dibiarkan lama baru lembut dan sedap. Bila lembut, senang dimakan.
- Kaki ayam masak kicap is doneeee. Selamat mencuba bagi yang suka makan kaki ayam.