Lepat Ubi Kayu.
Kalian dapat menyiapkan Lepat Ubi Kayu memakai 8 ramuan dan 4 langkah. Berikut cara kalian siapkan itu.
Ramuan
- 3 biji ubi kayu (anggaran 4 cawan parutan ubi kayu).
- Kanji ubi kayu (hasil dari perahan ubi kayu).
- 1 cawan gula merah.
- 1/4 cawan santan pekat.
- 1/2 cawan gula halus.
- 1 sudu kecil garam halus.
- 3/4 cawan kelapa parut.
- 10 helai daun pisang (layur atas api).
Petunjuk
- Kupas dan bersihkan ubi kayu. Parut halus kemudian perahkan airnya menggunakan kain bersih. Hasil air perahan biarkan sehingga kanji mendap kebawah dan air terapung diatas. Buang air perlahan, ambil kanji sahaja..
- Dalam mangkuk adunan, campurkan kanji bersama ubi kayu yang sudah diperah tadi. Gaul sebati kemudian campurkan kelapa parut, gula merah, gula halus, garam dan santan. Gaul hingga sebati..
- Sudukan adunan ke atas daun pisang yang sudah dilayur atas api, lipat kemas-kemas dan susun di atas loyang pengukus. Kukus selama 20 minit..
- Lepat ubi kayu sudah siap dikukus!!! Sedia dihidang. Selamat mencuba 😘.