Nasi Goreng Ayam Cendawan.
Kalian dapat menyajikan Nasi Goreng Ayam Cendawan memakai 14 ramuan dan 4 langkah. Berikut cara kalian masak itu.
Ramuan
- 3 mangkuk nasi sejuk.
- 6-7 keping cendawan tiram.
- 3 biji cendawan butang.
- 10 biji cili padi.
- 1 biji bawang besar.
- 5 ulas bawang putih.
- 1 keping dada ayam.
- 1 biji tomato.
- 100 gram sayur campuran.
- 1 kiub ikan bilis.
- 2 biji telur ayam.
- 1 sudu kecil garam halus.
- 1 sudu kecil serbuk perasa.
- 1/2 cawan minyak masak.
Penyediaan awal
- Bahan disediakan seperti dibawah: -semua bahan dibersihkan. -isi ayam dipotong dadu. -tomato dipotong dadu. -cendawan dibersihkan dan potong ikut potongan yang disukai..
- Bawang besar, bawang putih dan cili padi di tumbuk kasar. Ketepikan. Panaskan kuali dan minyak masak, masukkan bahan-bahan tumbuk. Tumis hingga wangi..
- Masukkan isi ayam, kacau hingga ayam masak. Masukkan sekali garam, serbuk perasa dan kiub pati ikan bilis. Kemudian masukkan sayur campuran dan cendawan. Tumis lagi sehingga nampak layu..
- Pecahkan telur. Hancurkan dan kacau hingga kelihatan masak. Masukkan tomato dan nasi. Kacau rata. Perasakan secukupnya. Jika tak cukup masin, boleh ditambah sedikit lagi garam halus. Matikan api dan sedia dihidangkan. Sekian resepi istimewa dari Murni's LittleKitchenz. Selamat mencuba dan sila menjamu selera😘.