Hati Ayam Masak Kicap.
Kalian dapat menyiapkan Hati Ayam Masak Kicap memakai 14 ramuan dan 9 langkah. Berikut cara kalian siapkan itu.
Ramuan
- 300 g hati ayam.
- 2 sudu besar bawang kisar.
- 3 ulas bawang putih ditumbuk.
- 1/2 inci halia ditumbuk.
- 2 biji cili api ditumbuk.
- 1 biji bawang besar dipotong 6.
- 1 pokok daun bawang.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 2 sudu besar sos tomato.
- 1 senduk air rebusan ayam.
- 5 sudu besar kicap lemak manis.
- 1 sudu teh garam.
- 1/2 sudu teh ajinomoto.
- 3 sudu besar minyak untuk menumis.
Petunjuk
- Hati ayam dicuci bersih. Buangkan urat darah yang kehitaman. Saya juga rendamkan sebentar dengan garam kasar. Selepas 15 minit, bersihkan, dan toskan. Kemudian rebuskan hati ayam..
- Apabila hati ayam sudah masak, angkat dan ketepikan..
- Tumbuk bawang putih, halia dan cili..
- Panaskan minyak, tumiskan bawang kisar dan bahan tumbuk tadi..
- Masukkan sos tiram, sos tomato, garam dan ajinomoto..
- Kemudian tuangkan kicap lemak manis..
- Masukkan sedikit air rebusan ayam..
- Masukkan hati ayam serta bawang dan daun bawang..
- Gaul kan sebati. Tak perlu gaul lama kerana hati ayam sudah masak. Kemudian siap boleh lah dihidang..