Kek Marble Kukus.
Kalian dapat masak Kek Marble Kukus memakai 9 ramuan dan 7 langkah. Berikut cara kalian sajikan ini.
Ramuan
- 250 gm mentega.
- 200 gm gula kastor.
- 4 biji telur Gred A.
- 1 sudu teh esen vanila.
- 1 sudu teh ovalette.
- 250 tepung gandum.
- 2 sudu besar susu tepung.
- 1 sudu teh serbuk penaik.
- 2 sudu besar serbuk koko.
Penyediaan awal
- Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang..
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan esen vanila dan ovalette. Pukul lagi..
- Tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik dicampurkan ke dalam mangkuk dan diayak. Kemudian dimasukkan ke dalam adunan telur tadi..
- Pukul sebati adunan tersebut..
- Bahagikan kepada 2bahagian. Satu kekalkan dengan warna asal dan satu bahagian lagi masukkan serbuk koko dan kacau sebati..
- Masukkan adunan ke dalam acuan (yang kelilingnya digris terlebih dahulu dengan mentega). Kemudian kukus selama 30-35minit. Tutup api dan sejukkan seketika..
- Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba😋.