Kek Marble.
Kalian dapat masak Kek Marble memakai 7 ramuan dan 5 langkah. Berikut cara kalian sajikan itu.
Ramuan
- 1 1/2 ketul butter.
- 3/4 cawan gula.
- 8 biji telur gred C.
- 1 sudu kecil esen vanilla.
- 1/2 cawan susu pekat.
- 2 1/2 cawan tepung naik sendiri.
- 3 sudu besar serbuk koko.
Langkah langkah
- Masukkan gula, butter dan esen vanilla ke dalam mixer. Putarkan dalam kelajuan tinggi selama lebih kurang 15-20 minit sehingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar selama 15 minit. Masukkan susu pekat. Putarkan sebati..
- Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Naikkan kelajuan, putar lebih kurang 3-4 minit. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko dalam 1 bahagian dan sebatikan adunan..
- Sapu butter atau marjerin pada loyang dan lapik dengan baking paper. Masukkan adunan secara selang-seli sehingga habis adunan. Hentak loyang 2-3 kali sebelum dimasukkan ke dalam oven..
- Panaskan oven, pada 15 minit yang pertama, bakar pada suhu 170 C. Turunkan suhu kepada 150 C dan bakar selama 45 minit..
- Bila dah masak, keluarkan daripada oven. Keluarkan daripada loyang dan biarkan di atas redai kek. Siap dan sedia untuk dimakan..