Ramuan Untuk Sajikan Kek Marble Trio Yang Simple Dan Lezat

tasty & healthy recipe

Halo kawan-kawan, pembaca kami akan menulis cara untuk menyediakan dan memasak makanan yang boleh anda sendiri sendiri di rumah, tentu saja, dengan cara yang mudah dan sederhana, tetapi dengan rasa yang enak, mari kita teruskan dan melihat bagaimana hidangan berikut dibuat.

Kek Marble Trio.

Kek Marble Trio Kalian dapat menyiapkan Kek Marble Trio memakai 12 ramuan dan 10 langkah. Berikut cara kalian siapkan itu.

Ramuan

  1. 300 gram Marjerin - saya guna Latifolia.
  2. 280 gram Tepung Gandum.
  3. 1 tbsp Susu Tepung - saya guna jenama Everyday.
  4. 1 tsp Baking Powder.
  5. 5 Biji Telur Gred B.
  6. 1 tbsp Ovelette.
  7. 220 gram Gula Kastor.
  8. 50 ml Susu Cair.
  9. 1 tsp Esen Vanilla.
  10. 1 tsp Red Velvet Emulco.
  11. 1 tsp Coklat Emulco.
  12. 1 drop Black Colour Oil.

Langkah langkah

  1. Sediakan bahan yang diperlukan dan lenser loyang 8x8x3 inci dengan marjerin.Alas dengan kertas minyak.Ketepikan..
  2. Ayak tepung gandum,susu tepung dan baking powder.Ketepikan.Putar marjerin hingga pucat..
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit sampai habis.Putar sebati dan ketepikan..
  4. Dalam bekas lain,masukkan Ovelette dan gula kastor.Putar sebentar kemudian masukkan kesemua telur.Putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental (seperti adunan bahulu).
  5. Perlahankan kelajuan.Masukkan adunan tepung berselang seli dengan susu cair.Tepung-Susu-Tepung-Susu-Tepung.
  6. Setelah sebati,bahagikan pada 3 bahagian.1 bahagian dibubuh Coklat Emulco,1 bahagian Red Velvet Emulco dan 1 bahagian lagi tak perlu campur apa-apa(ambil 1tbsp dan letak tepi).
  7. Marblekan adunan berselang seli hingga habis..
  8. Hentak lembut 3x bagi meratakan dan menghilangkan ruang-ruang udara di dalam kek.Ambil 1 tbsp adunan biasa yang telah diasingkan tadi dan campurkan pewarna hitam.Kemudian masukkan ke dalam piping bag.Picit secara dot-dot di atas permukaan kek dan kemudian dengan menggunakan lidi,buat gerakan zig zag untuk mendapatkan corak marble..
  9. Bakar pada suhu 150'C selama 1 jam atau sehingga kek masak.Gunakan lidi untuk memeriksa samaada kek sudah masak atau belum.Jika dicucuk dan diangkat,hujung lidi bersih bermaksud kek sudah masak.Jika lidi yang diangkat ada adunan yang melekat basah,bermaksud kek masih lagi belum masak sepenuhnya.Sila sambung membakar dalam 5 or 10 minit lagi..
  10. Dah siap.Bolehlah dikeluarkan kek dari loyang dan diletakkan pada redai kek bagi proses penyejukkan sebelum dipotong..