Cara Mudah Sajikan Nasi Ayam Yang Enak Dan Lezat

tasty & healthy recipe

Halo kawan-kawan, pembaca kami akan menulis cara untuk menyediakan dan memasak makanan yang boleh anda sendiri sendiri di rumah, tentu saja, dengan cara yang mudah dan sederhana, tetapi dengan rasa yang enak, mari kita teruskan dan melihat bagaimana hidangan berikut dibuat.

Nasi Ayam.

Nasi Ayam Kalian dapat menyajikan Nasi Ayam memakai 44 ramuan dan 7 langkah. Berikut cara kalian siapkan ini.

Ramuan

  1. Bahan Stok Rebusan Ayam :.
  2. 5 ketul ayam.
  3. 1 biji kiub ayam.
  4. Air (untuk merebus).
  5. Bahan Ayam Bakar :.
  6. Ayam (yang direbus untuk stok ayam).
  7. 5 sudu besar kicap.
  8. 2 sudu besar sos tiram.
  9. 2 ulas bawang putih (kisar halus).
  10. 1 inci halia (kisar halus).
  11. Gula & garam (secukup rasa).
  12. Bahan Nasi :.
  13. 2 cawan beras.
  14. 2 ulas bawang putih (dihiris halus).
  15. 2 biji bawang merah (dihiris halus).
  16. 2 inci halia (dihiris halus).
  17. 2 sudu kecil serbuk kunyit.
  18. Sedikit Garam.
  19. Serbuk cukup rasa.
  20. Air stok rebusan ayam.
  21. Sedikit minyak.
  22. Bahan Sup :.
  23. Air stok rebusan ayam.
  24. 3 biji bawang merah (dihiris halus).
  25. 2 ulas bawang putih (dihiris halus).
  26. Daun bawang (dipotong halus).
  27. Sedikit garam.
  28. Bawang goreng.
  29. Air (untuk kuah).
  30. Bahan Kicap :.
  31. Guna lebihan bahan yang diperap ayam bakar.
  32. Air (untuk kuah).
  33. Kicap (ikut sukatan yang bersesuian).
  34. Bahan Sos :.
  35. 5 tangkai cili kering.
  36. 2 tangkai cili besar.
  37. 2 ulas bawang putih.
  38. 3 sudu besar sos cili.
  39. Sedikit garam dan gula.
  40. Air (untuk mengisar).
  41. Bahan Hiasan / Ulam / Tambahan :.
  42. Timun.
  43. Tomato.
  44. Bayam brazil (saya guna gantikan daun salad).

Petunjuk

  1. Ayam, kiub ayam dan air direbus sehingga mendidih. Toskan ayam. Air rebusan (stok ayam dibahagi kepada dua Iaitu untuk bahagian nasi dan sup).
  2. Ayam yang direbus diperap dengan kicap, sos tiram, bawang putih, halia, gula dan sedikit garam. Perap seketika. Bakar menggunakan pemanggang ajaib sehingga masak sempurna..
  3. Beras dicuci bersih. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kunyit, garam, serbuk cukup rasa dan stok air rebusan ayam. Untuk sukatan air, bergantung kepada jenis beras yang digunakan. Tips untuk tak bagi nasi yang telah masak supaya melekat (masukkan sedikit minyak).
  4. Air rebusan stok ayam dicampur dengan bawang merah, bawang putih, daun sup, garam dan air. Masak sehingga mendidih. Tutup api, sejukkan seketika. Masuk ke dalam mangkuk dan tabur bawang goreng..
  5. Untuk kuah kicap, saya guna lebihan bahan perapan ayam bakar. Masukkan kicap dan air (ini ikut sukatan bahan perapan yang lebih tu). Masak sehingga kuah mendidih..
  6. Cili kering, cili besar dan bawang putih kisar halus dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk. Masuk garam, gula dan sos cili. Masak sehingga mendidih..
  7. Timun dan tomato dihiris. Dan dihias bersama-sama bayam brazil. Hidang semua menu yang dimasak (Nasi, Ayam Bakar, Sup, Kuah Kicap dan Sos). Selamat mencuba..