Masak Lemak Cili Api Ayam Salai.
Kalian dapat menyajikan Masak Lemak Cili Api Ayam Salai memakai 10 ramuan dan 5 langkah. Berikut cara kalian sajikan ini.
Ramuan
- 1/2 ekor ayam pencen disalai (ayam kampung lagi sedap).
- 10 biji cili padi (nak pedas boleh tambah lagi).
- 2 inci kunyit hidup.
- 3 batang serai.
- 2-3 helai daun kunyit.
- 1 kotak kecil santan (2 kotak jika nak pekat).
- 1 mangkuk kecil belimbing buluh.
- 1-2 cawan air.
- 1 sudu kecil garam (secukup rasa).
- 1-2 sudu besar gula (secukup rasa).
Penyediaan awal
- Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Salai ayam di atas api dapur gas dengan menggunakan api perlahan. Selepas salai, potong kecil ayam tersebut. Gambar ini saya salai 1 ekor ayam, separuh ayam yang disalai saya simpan untuk masak di lain hari.
- Tumbuk cili padi dan kunyit hingga hancur. Tumis cili padi dan kunyit sehingga naik bau. Tak nak tumis pun boleh, iaitu terus masukkan ayam dan santan..
- Masukkan ayam, serai dan secawan air. Ayam pencen memerlukan masa yang agak lama untuk empuk. Masukkan daun kunyit..
- Bila sudah nampak empuk, masukkan santan kelapa. Jika ingin kuah pekat, guna 2 kotak kecil santan. Masukkan belimbing buluh, garam dan gula secukup rasa. Jika tidak letak belimbing buluh, masukkan 2-3 asam keping..
- Masak sehingga ayam empuk dan boleh la makan😋. Jika ingin cepat empuk, boleh gunakan pressure cooker untuk menjimatkan masa. Ok boleh dihidangkan, in shaa Allah sedap👌.