Kek Marble Jelita.
Kalian dapat masak Kek Marble Jelita memakai 8 ramuan dan 6 langkah. Berikut cara kalian masak itu.
Ramuan
- 6 biji telur.
- 1 sudu besar ovalate.
- 3 sudu besar susu pekat.
- 1 cawan gula(160g-170g).
- 1/4 cawan susu segar(50g).
- 150 g butter cair.
- 1 sudu kecil esen vanila.
- Ayakkan: 200g/2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder.
Penyediaan awal
- Campurkan semua bahan kecuali butter. Mix kan dengan slow speed untuk 2-3 saat. Kemudian naikkan kepada high speed sehingga menjadi gebu..
- Bila adunan dah gebu masukkan butter yang telah dicairkan. Gaulkan sehingga sebati.
- Bahagikan adunan anda kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka..
- Sendukan adunan kedalam loyang yang telah digriskan dengan minyak. Selang selikan warna sehingga habis adunan. Akhir sekali corakkan permukaan atas kek ikut kreativiti anda.
- Bakar kek marble pada suhu 150-160c sehingga 50 minit ke 1 jam.
- Tips untuk dapatkan permukaan kek marble jelita yang cantik: untuk oven besar letakkan kek pada lapisan yang paling bawah klau oven anda kecik, selepas bakar 30 minit cover permukaan kek dengan aluminium foil.