Ramuan Untuk Buat Kek ala Biscoff Cheesecake Kayangan Yang Simple Dan Sedap

tasty & healthy recipe

Halo kawan-kawan, pembaca kami akan menulis cara untuk menyediakan dan memasak makanan yang boleh anda sendiri sendiri di rumah, tentu saja, dengan cara yang mudah dan sederhana, tetapi dengan rasa yang enak, mari kita teruskan dan melihat bagaimana hidangan berikut dibuat.

Kek ala Biscoff Cheesecake Kayangan.

Kek ala Biscoff Cheesecake Kayangan Kalian dapat menyajikan Kek ala Biscoff Cheesecake Kayangan memakai 15 ramuan dan 6 langkah. Berikut cara kalian sajikan ini.

Ramuan

  1. BAHAN BASE👇.
  2. 60 g atau 1 pek kecil biskut tiger perisa coklat.
  3. 50 g butter.
  4. bahan creamcheese.
  5. 200 g creamcheese.
  6. 2 sudu besar sos caramel.
  7. 1/2 sudu teh esen vanilla.
  8. 100 ml whipping cream.
  9. 2 sudu kecil gula aising.
  10. bahan sos caramel.
  11. 1/2 cawan gula pasir.
  12. 1/3 cawan air.
  13. 1 sudu teh jus lemon.
  14. 100 ml whipping cream.
  15. 1 sudu besar butter.

Langkah langkah

  1. Sediakan bahan-bahan. Sediakan loyang 5 inci.Boleh guna spring foam. Saya tiada loyang spring foam saiz 5 inci saya alas loyang dengan kertas minyak seperti dalam gambar, supaya senang nak keluarkan kek nanti. Ketatkan dengan gelang getah. Idea dari IG Yatiekitchen😄.
  2. Biskut tiger ditumbuk kasar. Sementara tu panaskan butter hingga cair. Masukkan biskut tiger. Kacau hingga sebati. Padatkan dalam loyang. Masukkan dalam peti ais..
  3. Untuk karamel, masak gula hingga keperangan. Masukkan air. Kacau hingga larut. Masukkan jus lemon dan whipping cream. Kacau hingga pekat. Sejukkan..
  4. Putar cream cheese hingga gebu. Masukkan 2 sudu besar karamel tadi. Putar sebati. Ketepikan..
  5. Putar whipping cream, gula aising hingga kental. Masukkan dalam adunan cream cheese tadi. Kacau perlahan-lahan. Masukkan dalam loyang yang berisi biskut tadi. Masukkan dalam peti ais. Biarkan semalaman..
  6. Keluarkan kek dari peti ais. Curahkan sos karamel atas kek. Hiaskan dengan biskut tiger yang telah dihancurkan. Ikut kreativiti masing-masing.Selamat Mencuba..